Malaysia Oversight

MIC Pusat perlu contohi MIC Johor, junjung semangat kebersamaan

By Utusan in October 15, 2025 – Reading time 2 minute


JOHOR BAHRU: Pusat perlu menjunjung semula semangat kebersamaan Barisan Nasional () dalam membina negara bangsa seperti ditunjukkan kepimpinan Johor ketika ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Johor, Md. Israk Abdullah berkata, Presiden , Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran tidak seharusnya menjadikan perbezaan pandangan dengan Presiden , Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai penyebab kepada perpecahan .

Katanya, sebarang perselisihan antara kedua-dua pemimpin itu perlu diselesaikan secara rundingan demi mencapai kemenangan bersama.

“MIC satu komponen penting dalam , mempunyai sejarah perjuangan yang panjang bersama dan MCA dalam membina kestabilan politik tanah air.

“Justeru, penting untuk MIC Pusat menjunjung semula semangat kebersamaan ini, seperti yang sedang ditunjukkan kepimpinan MIC Johor,” katanya dalam kenyataan,  hari ini.

Tambah Md. Israk, pendirian MIC Johor untuk kekal bersama BN membuktikan kerjasama baik antara kedua-dua parti dapat dicapai demi mewujudkan yang fokus kepada kesejahteraan rakyat.

“MIC Johor telah menyatakan dengan jelas komitmen mereka untuk terus kekal bersama BN dan bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Pendirian ini mencerminkan kematangan politik, kesetiaan serta kesedaran bahawa kekuatan BN hanya dapat dibina melalui perpaduan dan konsensus. Sikap ini wajar menjadi contoh kepada MIC di peringkat Pusat,” jelasnya.

Kelmarin, Pengerusi MIC Johor, K. Raven Kumar dilaporkan berkata, MIC Johor memilih untuk  terus kekal dalam gabungan BN bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang walaupun terdapat khabar angin sebaliknya.

Menurut beliau, perkara itu merupakan hasrat bukan sahaja kepimpinan MIC Johor, tetapi juga akar umbi di pelbagai peringkat susulan kerjasama baik yang terjalin antara pihaknya serta UMNO dan MCA di Johor. – UTUSAN





Source link