Malaysia Oversight

Rayer puji Wan Fayhsal, jemputnya datang ‘sebelah sini’

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Rayer puji Wan Fayhsal, jemputnya datang 'sebelah sini'


PARLIMEN l Suasana mesra tercetus seketika di Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk menyertai blok — pelawaan yang ditolak oleh wakil Bersatu itu dengan senyuman sinis.

Ketika mencelah perbahasan Wan Fayhsal tentang Belanjawan 2026, Rayer meluahkan rasa kecewanya terhadap penggantungan Ahli Parlimen berkenaan daripada Bersatu baru-baru ini, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai “mengecewakan dan tidak adil.”

a86eb8783c046bf5dabdc845e494a2db
Fayhsal

“Saya (dari) DAP, saya duduk dengar (perbahasannya), yang saya dukacita adalah, kenapa kalau kita dah berhemah dan beri penghujahan dalam perbahasan, apa sebab YB digantung?

“Tak ada (seorang) pun dari pihak Bersatu yang tadi dengar, saya hadir dengar, ini bukan saya bukan ingin berlawak jenaka.

“Ada sesuatu yang betul-betul kena, seorang MP yang berbakat, muda, yang dapat beri nas-nas yang berasas…., kenapa, apa yang berlaku, tak adil,” katanya.

Rayer kemudian memperpelawa Wan Fayhsal untuk menyertai blok .

“Saya sokong Machang, saya dukacita, kalau ada apa-apa perkembangan, dijemput datang sebelah sini, tak adil langsung apa yang berlaku ke YB,” katanya.

Menjawab pelawaan itu, Wan Fayhsal mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Rayer namun menegaskan kesetiaannya tetap bersama Perikatan Nasional (PN).

“Sejujurnya saya pun tak tahu kenapa saya digantung, kena tanya Pagoh Presiden Bersatu, Yassin) nanti kalau dia masuk ke Dewan Rakyat), komitmen saya tak berbelah bahagi untuk Perikatan Nasional dan rakyat ,” selorohnya.

“Tapi terima kasih atas jemputan,” tambahnya.

73212ad1d398505e8e4d5467e85f8e7f

Pada 13 Oktober lalu, Bersatu menggantung keahlian Wan Fayhsal untuk selama satu penggal, selain memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti, Wan Saiful Wan Jan, serta empat ketua bahagian.

Menurut kenyataan Lembaga Disiplin Bersatu, mereka didapati melanggar perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Bersatu.

Sebelum ini, Wan Fayhsal enggan mengulas lanjut mengenai siasatan dalaman terhadapnya. Dia hanya menyatakan bahawa ia berkaitan “urusan dalaman parti berhubung pilihan raya lalu.”

a2b30128d532858e47f4bc33656c4840

Dalam sidang media bersama ahli Parlimen Tasek Gelugor semalam, Wan Fayhsal mendakwa “ada sesuatu yang tidak kena” dalam Bersatu, sambil menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan terhadap mereka boleh menjejaskan sokongan terhadap parti.

Katanya lagi, mereka berdua menerima “ratusan mesej sokongan” daripada rakan-rakan dalam kalangan ahli Parlimen serta pembangkang selepas berita penggantungan dan pemecatan itu tersebar.


Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Zarrah Morden dan Haspaizi Zain



Source link