Parti Putra menolak Akta Perolehan Kerajaan 2025 dan Belanjawan 2026 atas asas prinsip, integriti dan kepentingan rakyat.
Kedua-duanya memperkukuh pemusatan kuasa eksekutif, menafikan semak imbang bebas, dan membebankan negara dengan hutang serta ketirisan yang berterusan.
Isu utama:
-
Kuasa menteri kewangan kekal mutlak dalam rundingan terus, walaupun digambarkan sebagai “terhad”.
-
Panel semakan dan tribunal rayuan dikawal eksekutif, bukan mahkamah – mencabuli pemisahan kuasa.
-
Pengecualian tender terbuka tidak telus, membuka ruang manipulasi dan pelantikan kroni.
-
Tiada perlindungan pemberi maklumat, tiada jaminan terhadap integriti dalaman.
Belanjawan 2026 pula gagal menyelesaikan isu asas rakyat. Hutang negara terus meningkat tanpa pelan pelunasan jelas. Subsidi bersasar tidak menyeluruh, dan tiada reformasi fiskal yang benar-benar menyentuh akar masalah.
Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan, manakala kutipan hasil melalui SST dan e-invois memberi kesan tidak langsung kepada kos sara hidup rakyat.
Putra menuntut pindaan menyeluruh terhadap Akta Perolehan dan reformasi fiskal sebenar sebelum Belanjawan 2026 diluluskan sepenuhnya oleh parlimen.
Putra tidak akan berkompromi terhadap dasar yang menafikan hak rakyat kepada pentadbiran yang telus, adil dan berintegriti.
SHAHRULUFTI SHARIF adalah ketua penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.






