Malaysia Oversight

SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 Dilancarkan Dengan Bateri 54 Jam

By Amanz in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 Dilancarkan Dengan Bateri 54 Jam


SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 Dilancarkan Dengan Bateri 54 Jam

October 15, 2025
Audio

Effi Saharudin

SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 dilancarkan hari ini dengan ia membawakan peningkatan besar pada ketahanan bateri yang kini mencecah 54 jam. Pada generasi pertama, bateri hanya bertahan sehingga 38 jam jika tambatan 2.4 GHz digunakan atau 26 jam sahaja menggunakan Bluetooth.

SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 A

Fon kepala gaming ini mempunyai ciri menarik boleh ditambat kepada dua peranti secara serentak dengan satu menggunakan 2.4 GHz dan satu lagi menggunakan BT. Ini amat berguna dalam situasi anda sedang bertarung dalam dunia maya dan masih tidak mahu terlepas notifikasi atau panggilan penting di telefon. Seperti Arctis Nova 7 generasi pertama, dongal USB-C perlu digunakan untuk tambatan 2.4GHz.

Rekaan fizikal fon kepala masa sama dengan Arctis Nova 7 asal dengan tubuh dan cawan telinga plastik dipadankan dengan angkup telinga logam. Terdapat mikrofon terbina yang boleh ditarik keluar. Beberapa butang fizikal untuk kawalan audio dan penukaran mod tambatan disertakan.

SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 B

Perisian membolehkan EQ berbeza untuk tambatan BT dan 2.4GHz. EQ untuk lebih 200 permainan seperti Call of Duty, Valoran dan Fortnite juga telah disertakan sekali. SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 boleh digunakan pada PC, Mac, konsol PC mudah alih, telefon pintar, tablet, PlayStation 4, PlayStation 5, Switch, Switch 2, Meta Quest 2 dan Meta Quest 3.

SteelSeries Arctis Nova 7 Gen 2 dijual pada harga $199.99 (~RM 845) sepasang dalam warna putih, hitam dan magenta.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link