Nintendo eShop dan Switch Online Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 18 November
Effi Saharudin
Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online akan dilancarkan di Malaysia, Singapura dan Thailand pada 18 November ini menurut pengumuman yang dilakukan di laman rasmi. Ini ialah perkhidmatan yang pelancarannya sudah lama dinantikan di Malaysia sejak Switch 2 mula dijual pada bulan Julai lalu.

Menerusi Nintendo eShop, pengguna boleh melakukan pembelian dan memuat turun permainan video secara digital, memuat turun DLC dan menguruskan keahlian Nintendo Switch Online. Sementara itu keahlian Nintendo Switch Online pula memberikan akses kepada cir bermain secara atas talian, mengakses permainan daripada konsol terdahulu dan melakukan sandaran sesi permainan ke Save Data Cloud.
Kepada pengguna di Filipina, penantian mereka akan berterusan kerana pihak Nintendo masih lagi dalam proses melancarkan kedua-dua perkhidmatan ini dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






