Malaysia Oversight

Anwar pertahan Khazanah labur RM600 juta baik pulih Carcosa

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar pertahan Khazanah labur RM600 juta baik pulih Carcosa


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim mempertahankan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sebanyak RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara yang disifatkan mempamerkan kepentingan sejarah dan identiti nasional.

yang juga Menteri Kewangan berkata bangunan bersejarah itu bukan sekadar peninggalan era silam, sebaliknya simbol warisan Raja-Raja Melayu serta perjalanan negara menuju kemerdekaan.

“Isu Carcosa ini dibangkitkan…masalahnya, kadang-kadang pembangkang tidak membaca. Ini (Carcosa) ialah warisan.

“Saya bangga dengan sejarah saya, saya bangga dengan bangunan Carcosa sebagai warisan Raja-Raja Melayu yang mempunyai peranan tersendiri.

4b53abd6b8a1dbe5e1012735aa68b830

“Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai sebuah kota moden dari segi teknologi dan segar budayanya. Apabila kita mula melabur di situ, ia akan menarik pelaburan lain untuk berkembang di sekitarnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan bagi bulan Oktober di , hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lepas, memaklumkan Khazanah memperuntukkan RM600 juta untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah Carcosa Seri Negara.

Bernama



Source link