Intel Mengumumkan GPU Crescent Island Untuk Pusat Data AI – Dilengkapi 160GB RAM
October 15, 2025
Intel
Perkakasan
Effi Saharudin
Intel mengumumkan GPU Crescent Island yang direka khusus untuk keperluan pusat data bagi melakukan tugas inferens kecerdasan buatan (AI). Crescent Island memberikan tumpuan kepada kecekapan menggunakan kuasa elektrik, memori berkapasiti tinggi dan mengurangkan kos untuk pelanggan.

Crescent Island dibangunkan menggunakan senibinamikro Xe3P untuk nisbah prestasi kepada watt yang dioptimasikan, memori 160GB LPDDR5X, dan sokongan pelbagai jenis data termasuk penyedia perkhidmatan token-sebagai-servis.
Intel kini sedang membangunkan perisian terbuka dan bersatu untuk pelbagai sistem AI. Sampel Crescent Island akan dibuka kepada pelanggan menjelang H2 2026,.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






