Malaysia Oversight

MIC Johor beri mandat penuh kepada pucuk pimpinan

By MkiniBM in October 14, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Badan Perhubungan Johor memberi mandat penuh kepada pucuk pimpinan bagi menentukan masa depan parti itu dalam Barisan Nasional ().

Pengerusinya, K Raven Kumar, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat tertutup pada Ahad lalu.

“Kami telah bermesyuarat dengan presiden (SA Vigneswaran) dan timbalan presiden (M ) pada Ahad lalu.

038576d2331937ffdfb114a09157f246

“Kami membincang pelbagai isu termasuk masa depan parti khususnya di Johor.

“MIC Johor bersetuju untuk memberikan mandat kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan terbaik mengenai masa depan parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Raven yang juga exco negeri berkata MIC Johor mahu terus kekal dalam gabungan bagi berdepan pilihan raya akan datang di sebalik beberapa pihak mahu parti itu keluar dari gagasan politik tersebut.

Dia dilaporkan berkata, perkara itu merupakan hasrat bukan sahaja kepimpinan MIC Johor, tetapi juga akar umbi di pelbagai peringkat.

“Kita di Johor (MIC Johor) masih lagi ambil keputusan kekal bersama , saya tidak tahu dekat luar macam mana keadaannya tetapi kita di Johor tiada masalah, kita sedang bekerjasama dengan cukup baik,” katanya.

MIC Johor mempunyai tiga Adun dan 35 ahli majlis perbandaran (PBT) di Johor.

Untuk rekod, MIC pusat sedang mengadakan mesyuarat dengan setiap badan perhubungan negeri untuk mendapatkan maklum balas khususnya sama ada parti itu perlu kekal dalam BN dan kerjasama parti menjelang PRU16 atau sebaliknya.

305da8676b875fadd31ee56ae9fd17d5

Krisis dalaman antara MIC dan semakin memuncak selepas Vigneswaran semalam mendakwa Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penipu.

Dia membuat dakwaan itu ketika merujuk kenyataan Zahid bahawa kajian yang dibuat mendapati ahli MIC dan MCA tidak mahu parti mereka meninggalkan BN.

“…Kenapa dia ingin tahu pandangan akar umbi MIC?

“Kami tiada masalah dia jumpa akar umbi, tapi statistik (kenyataan) itu tak betul. Apa yang saya boleh kata, ia bukan satu kesilapan, tapi dia menipu (mengenai kajian terhadap ahli akar umbi),” katanya.

Vigneswaran malah berkata presiden itu sepatutnya mendapatkan pandangan akar umbi parti itu mengenai hilangnya sokongan orang Melayu, terutama di Terengganu, , Kedah dan Perlis.

“Jika dia buat kajian dengan akar umbi , maka dia akan tahu kenapa dan kerana siapa Umno hilang sokongan orang Melayu. Tetapi dia tak melakukannya,” katanya lagi.

a43d44c56a218b8ca90d4f9f7100ad78

MIC dan MCA kini sedang menilai kemungkinan keluar daripada BN berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional, khususnya selepas Umno di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan PH.

Antara kebimbangan utama mereka ialah pembahagian kerusi pilihan raya yang memihak kepada parti penyandang. Berdasarkan formula perkongsian kerusi antara BN dan PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan mendapat sebilangan kecil kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini, MCA hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu.



Source link