Ujian WiFi 8 Pertama Berjaya Dilakukan TP-Link
Effi Saharudin
Piawaian WiFi 8 (IEEE 802.11bn) diumumkan oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers pada penghujung Julai lalu. Iterasi seterusnya rangkaian internet nirwayar ini akhirnya bergaya dilakukan oleh TP-Link buat pertama kali minggu ini menggunakan kelengkapan prototaip yang dibangunkan dengan kerjasama rakan industri yang tidak didedahkan.

WiFi 8 tidak membawakan peningkatan kelajuan muat naik atau muat turun dengan ia masih sehingga 46 Gbps sama seperti WiFi 7. Penambahbaikan WiFi 8 ialah memastikan semua peranti yang disambungkan kepada rangkaian akan dapat menggunakan kelajuan internet tertinggi setiap masa. Ia turut akan menyelesaikan masalah kawasan rangkaian mati dengan jarak rangkuman rangkaian yang lebih jauh.
Ia turut ingin menyasarkan permainan videi tanpa masa pendam, implementasi VR/XR secara masa nyata dan membolehkan penstriman video lancar pada resolusi 8K. Dengan kelengkapan WiFi 8 pertama berjaya diuji, beberapa ujian lagi akan dilakukan sebelum piawaian akhir akan dimuktamadkan menjelang March 2028.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






