Malaysia Oversight

Pelajar perempuan maut ditikam pelajar lelaki di sekolah

By MkiniBM in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Seorang pelajar perempuan tingkatan empat disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya disyaki ditikam seorang pelajar lain pagi tadi.

– Bernama



Source link