Voao AI – Penjana Imej Dan Video Berasaskan Kecerdasan Buatan Dari Syarikat Malaysia
Aman
Pada hari ini, terdapat pelbagai perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk menjana imej dan video. Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut hadir dengan sokongan penjanaan imej dan video tersendiri, dibawah perkhidmatan dinamakan Voao.ai.

Voao.ai dibangunkan oleh syarikat Dah Reply, membolehkan pengguna menjana gambar dan video dengan hanya memasukkan input dalam bentuk teks. Buat masa ini, perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma, membolehkan anda menjana imej dan video tanpa had sebaik sahaja selepas log masuk.
Percubaan kami sendiri menghasilkan beberapa gambar dan video yang baik. Seperti biasa, model dijangka akan ditambah-baik dari hari ke hari. Ia juga turut digunakan dalam menghasilkan video ringkasan Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Voao.ai hari ini, dan menggunakannya dalam penjanaan gambar dan video harian anda, dengan elemen tempatan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






