Malaysia Oversight

Tiada alasan kibar bendera Israel, setuju polis bertindak

By MkiniBM in October 14, 2025 – Reading time 2 minute
Tiada alasan kibar bendera Israel, setuju polis bertindak


PARLIMEN l Perdana Menteri Ibrahim (PH–Tambun) menegaskan bahawa tindakan mengibar bendera Israel di dan pelekat bertulisan Hebrew di negara ini tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang.

Katanya, walaupun sesetengah pihak mungkin mempunyai niat tertentu, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

c5c8eb55e7277e910ee49f8d07893422

“Walau apa pun matlamat, itu adalah salah, (saya) setuju polis ambil tindakan yang sewajrnya,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

turut mengaitkan isu itu dengan semangat patriotisme semasa penjajahan dahulu.

“Mana ada negara di dunia, sepertimana masa kita dijajah, orang yang angkat bendera Union, kita anggap (mereka) pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera, walau apa pun soalan diberikan, saya setuju tindakan diambil supaya jadi pengajaran jangan berlaku,” tambahnya.

Dia berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Shahar Abdullah (–Paya Besar) yang mempersoalkan sama ada pihak berkuasa mengamalkan “dwi standard” dalam menangani kes seumpama itu.

d58e65404241d8775d9d47ac97595cf7

“(Dalam kes) kereta berpelekat tulisan Hebrew, polis ambil tindakan tegas. (Tetapi) kalau ada acara yang kibarkan berndera Israel, pengunjung yang ramai, apakah tindakan (yang diambil polis), adakah ada double standard di sini?

“Hemat saya sebagai orang yang faham kesengsaraan di Gaza, matlamat tidak menghalalkan cara,” kata ahli Parlimen itu.

Menjawab perkara itu, Anwar menegaskan tindakan sedemikian jelas bercanggah dengan dasar negara.

Katanya, tiada negara di dunia yang akan berdiam diri terhadap perbuatan sebegini.

51f937544dfa8a912ed87111620c4920

Sebelum ini, penganjur himpunan solidariti pro-Palestin di pada 10 Oktober memohon maaf selepas bendera Israel dikibarkan pada acara itu. Mereka mendakwa bendera tersebut digunakan sebagai “gimik” untuk menggambarkan ugutan yang pernah dihadapi sukarelawan Global Sumud Flotilla.

Ahli Parlimen RSN Rayer (Harapan–Jelutong) turut mempersoalkan sikap berdiam diri pembangkang terhadap insiden berkenaan, sambil menyindir bahawa jika perkara itu berlaku di Pulau Pinang, mereka pasti akan lantang bersuara.

Kenyataan itu merujuk kepada kejadian pada Ogos lalu apabila sayap pemuda dan Bersatu bersama-sama mengadakan protes terhadap seorang peniaga di Pulau Pinang yang tersilap menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.

3b163015cb77936b8a01da7d546e2072

Sementara itu, Ketua Polis Yusuff Mamat mengesahkan bahawa kes bendera Israel itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan dan Paparan) 1949.

Dalam insiden berasingan, sebuah kereta milik pesara menarik perhatian selepas tular di media sosial kerana memaparkan pelekat bertulisan Ibrani.

Menurut Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar, lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa pelekat berkenaan dipesan dari sebuah kedai di kira-kira 13 tahun lalu.

Pelekat asalnya mengandungi frasa Ibrani atau Hebrew “Israel Betainu” yang bermaksud “Israel adalah rumah kita”, namun individu itu mengubahnya dengan menggantikan perkataan Israel kepada Malaysia.

70dc74d266543dab3ac483e6c0c31336
Dzulkhairi Mukhtar

Dzulkhairi berkata siasatan mendapati individu berkenaan mempunyai minat terhadap tulisan asing seperti Ibrani, Yunani dan Rusia.

Siasatan lanjut masih dijalankan dengan bantuan pakar bahasa untuk mengesahkan maksud tulisan tersebut.


Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Hariz Mohd, Dania Kamal Aryf & Haspaizi Zain



Source link