Malaysia Oversight

China Akan Mewajibkan Pintu Boleh Dibuka Secara Manual Di Dalam Dan Luar Kenderaan

By Amanz in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
China Akan Mewajibkan Pintu Boleh Dibuka Secara Manual Di Dalam Dan Luar Kenderaan


Akan Mewajibkan Pintu Boleh Dibuka Secara Manual Di Dalam Dan Luar Kenderaan

October 14, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik. Banyak EV di pasaran Malaysia mempunyai pintu tanpa pemegang dengan ia dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak berkuasa ingin mewajibkan pintu dilengkapi sistem mekanikal di bahagian dalam dan luar kenderaan bagi tujuan kecemasan. Pintu juga perlu mempunyai pemegang yang boleh ditarik dan bukan dari jenis tersorok (bagi tujuan aerodinamik) seperti yang popular digunakan sekarang.

Pemegang Pintu Kereta Tesla Door Handle

Apa yang berlaku dalam kemalangan EV ialah kuasa terputus dan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal yang disertakan kerap kali tersorok dan dalam keadaan panik sudah wujud beberapa kes penumpang mati terbakar. Pintu elektrik juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat akan memperhalusi keperluan pintu mekanikal pada semua kenderaan pada bulan November. Jika cadangan diluluskan, semua kenderaan baharu di China perlu menyertakan ciri ini menjelang pertengahan 2027.

China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link