Malaysia Oversight

Pinterest Memberikan Ciri Menapis Kandungan Janaan AI

By Amanz in October 14, 2025 – Reading time 1 minute
Pinterest Memberikan Ciri Menapis Kandungan Janaan AI


Pinterest telah dikemaskini semalam dengan ciri menapis kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI) generatif. Ia adalah ciri yang sudah lama diminta oleh pengguna yang tidak mahu melihat kandungan gen AI dipaparkan pada susur masa kerana dilihat tidak serasi dengan imej Pinterest sebagai platform mencari inspirasi yang dihasilkan manusia.

Pinterest

Untuk menapis kandungan gen AI, anda perlu pergi ke tetapan akaun sebelum pergi ke Home feed tuner. Skrol ke tepi untuk mengubah tetapan GenAI Interests dan pilih sama ada anda ingin Pinterest memaparkan kandungan AI di bawah genre yang diikuti oleh akaun. Untuk menggunakan ciri ini, sila kemas kini aplikasi ke versi terkini hari ini.



Source link