Vivo Watch GT 2 Dilancarkan Dengan Sokongan eSIM Dan Bateri Sehingga 33 Hari
Amy Maizuraa
Jam tangan baharu vivo Watch GT 2 turut diumumkan secara rasmi di China hari ini. Ia hadir dengan binaan kerangka aloi aluminium dan rekaan muka jam berbentuk segi empat.
Ia juga dilengkapi dengan skrin AMOLED 2.07 inci melengkung 2.5D serta menawarkan tahap kecerahan 2400 nits. Ia turut tersedia dalam dua pilihan sambungan iaitu versi Bluetooth dan eSIM.

Vivo Watch GT 2 menggunakan sistem operasi Blue OS 3.0 yang menyokong lebih daripada 100 mod sukan, lengkap dengan jurulatih profesional serta kursus latihan menarik.
Ia juga menawarkan jurulatih khas untuk sukan tenis yang memaparkan data-data teknikal seperti ayunan raket dan pukulan bola.
Menariknya lagi, jam ini juga dilengkapi dengan jurulatih AI berasaskan teknologi DeepSeek yang mampu menjawab soalan secara masa nyata untuk membantu pengguna meningkatkan prestasi sukan mereka.

vivo Watch GT 2 menawarkan dua pilihan kapasiti mengikut versi. Versi Bluetooth dilengkapi dengan bateri 695mAh yang mampu bertahan sehingga 33 hari manakala versi eSIM hadir dengan bateri 595mAh yang menyokong sehingga 8 hari penggunaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






