Malaysia Oversight

OpenAI Bekerjasama Dengan Broadcom Untuk Bangunkan Cip AI Tersendiri

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 1 minute
OpenAI Kini Dinilaikan Sekitar $500 Bilion



OpenAI

OpenAI Bekerjasama Dengan Broadcom Untuk Bangunkan Cip AI Tersendiri

October 13, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI kini mengumumkan kerjasama dengan Broadcom, dimana kedua-dua pihak akan membangunkan cip kecerdasan buatan pertama OpenAI tersendiri. OpenAI akan merekabentuk cip berkenaan, sementara Broadcom pula seterusnya akan membangunkan cip tersebut.

Cip berkenaan dijangka akan digunakan pada pertengahan kedua 2026 kelak. Kedua-dua pihak akan menghasilkan dan menggunakan cip berjumlah 10 gigawatt, sekaligus melengkapkan lagi keperluan OpenAI untuk infrastruktur perkomputeran. Kerjasama ini dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2029 kelak.

Sebelum ini juga, OpenAI telah mengumumkan kerjasama dengan AMD dan juga NVIDIA untuk tujuan infrastruktur dan tenaga perkomputeran dalam memenuhi keperluan permintaan yang semakin meningkat naik dari hari ke hari. Pembangunan cip tersendiri juga mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar, disamping turut memudahkan OpenAI dalam mengawal keperluan pembangunan mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link