Belanda Mengambil Alih Syarikat Cip Nexperia Milik China Atas Sebab Keselamatan
Effi Saharudin
Kerajaan Belanda mengambil alih syarikat pembuat cip Nexperia bagi mematikan teknologi yang penting miliknya tidak dipindahkan ke syarikat induknya Wingtech yang berpangkalan di China. Nexperia menghasilkan cip untuk sektor pengangkutan dan peralatan elektronik. Pada asalnya Nexperia dimiliki oleh syarikat NXP Semiconductor sebelum dijual pada tahun 2018 dengan harga $3.63 bilion.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Belanda berkata campur “luar biasa” diambil oleh kerajaan Belanja sebagai tindak balas kepada beberapa “kekurangan dan tindakan pentadbiran syarikat yang dilihat serius”. Pengambilalihan ini membolehkan kerajaan Belanda membatalkan atau menyekat keputusan pengurusan yang dilihat berbahaya.
Beberapa tindakan syarikat yang tidak dijelaskan didakwa mengancam kesinambungan dan melindungi pengetahuan serta keupayaan teknologi penting di Belanda dan Eropah. Kehilangan keupayaan ini tambal beliau lagi akan menimbulkan risiko kepada Belanda dan Eropah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






