Malaysia Oversight

Zahid tipu, kata presiden MIC

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 3 minute
Zahid tipu, kata presiden MIC


Presiden SA Vigneswaran hari ini mendakwa pengerusi Ahmad Zahid Hamidi menipu dalam kenyataannya berkenaan .

Vigneswaran merujuk dakwaan Zahid bahawa kajian yang dibuat mendapati ahli dan MCA tidak mahu parti mereka meninggalkan .

“…Kenapa dia ingin tahu pandangan akar umbi MIC?

“Kami tiada masalah dia jumpa akar umbi, tapi statistik (kenyataan) itu tak betul. Apa yang saya boleh kata, ia bukan satu kesilapan, tapi dia menipu (mengenai kajian terhadap ahli akar umbi),” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, hari ini.

Vigneswaran malah berkata presiden itu sepatutnya mendapatkan pandangan akar umbi parti itu mengenai hilangnya sokongan orang Melayu, terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Jika dia buat kajian dengan akar umbi , maka dia akan tahu kenapa dan kerana siapa hilang sokongan orang Melayu. Tetapi dia tak melakukannya,” katanya lagi.

Zahid membuat kenyataan itu dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia semalam.

a2fe5b24cba2038cc9f0772bad95d700

Dalam wawancara itu, dia juga berkata terdapat di kalangan pemimpin parti itu yang “merajuk” apabila tidak diberikan “mainan”, namun suara mereka tidak mencerminkan sentimen sebenar akar umbi.

Zahid  turut menggambarkan MIC dan MCA ibarat “kanak-kanak yang kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula” – kenyataan yang ditolak Vigneswaran dan Presiden MCA Wee Ka Siong.

MIC dan MCA kini sedang menilai kemungkinan keluar daripada berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional, khususnya selepas Umno di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan PH.

Antara kebimbangan utama mereka ialah pembahagian kerusi pilihan raya yang memihak kepada parti penyandang. Berdasarkan formula perkongsian kerusi antara BN dan PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan mendapat sebilangan kecil kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini, MCA hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu.

Usul keluar BN

Mesyuarat agung tahunan MIC di beberapa negeri baru-baru ini telah meluluskan usul agar parti itu keluar BN.

Negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata MIC hanya mempunyai masalah dengan Zahid, bukannya dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ibrahim.

“Kami tak ada masalah dengan perdana menteri, isu kami dengan pengerusi BN sahaja. Ini satu rahsia terbuka. 

“Siapa yang sepatutnya dalam kerajaan yang mempertahankan MIC? itu adalah tugas BN. Tetapi hari ini BN gagal mempertahankan MIC,” katanya.

‘Hilang keyakinan pada Zahid’

Ditanya jika MIC akan menimbang untuk terus kekal bersama BN jika gabungan itu sedia mendengar keluhan mereka, Vigneswaran menjawab: “Saya telah hilang keyakinan dengan Zahid.”

“Sebab itu saya minta pandangan cawangan, bahagian dan badan perhubungan negeri MIC untuk menentukan masa depan parti,” katanya, tanpa mengulas lanjut berhubung sebab dia hilang keyakinan terhadap pengerusi BN itu.

Sementara itu, Vigneswaran menjelaskan jika MIC keluar daripada BN, penyertaan ke dalam PN bukanlah satu-satunya pilihan buat parti itu.

“Kami tak pernah kata MIC akan kerjasama dengan PN. Itu cuma satu pilihan. 

“Kami juga boleh kerjasama dengan PH atau bertanding gunakan logo sendiri. Ada banyak pilihan.

“Segalanya akan dijawab dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti bulan depan,” katanya lagi.



Source link