Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi mengatakan U Mobile kini menyatakan liputan 5G kedua yang dibangunkan mereka telah meliputi 54.9% kawasan berpenduduk di Malaysia. Perkongsian ini hadir selepas ketika Belanjawan 2026 yang lepas, ia disasarkan rangkaian 5G kedua ini mencapai liputan 80% kawasan berpenduduk menjelang pertengahan kedua 2026 kelak.
Beberapa negeri telah pun sedia mempunyai liputan rangkaian 5G kedua yang lebih meluas. U Mobile mengatakan Putrajaya telah mencapai 99.7%, Kuala Lumpur 90.9%, Labuan 90.8%, Pulau Pinang 82.9%, dan Selangor 70.9%.

Sebelum ini, kerajaan telah membuka pembangunan rangkaian 5G kedua, dan pihak U Mobile dianugerahkan ruangan dalam pembangunan rangkaian kedua 5G negara. Langkah ini diambil dalam usaha memastikan persaingan sihat, liputan meluas dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik. Pelbagai syarikat telekomunikasi lain masih menggunakan DNB untuk rangkaian 5G mereka, dan hanya U Mobile yang menggunakan infrastruktur yang dibangunkan mereka buat masa ini.






