Malaysia Oversight

Projek naik taraf Carcosa RM600 juta cetus tanda tanya di Parlimen

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


PARLIMEN l Ahli Parlimen pembangkang Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) membangkitkan kebimbangan berhubung cadangan untuk membelanjakan RM600 juta untuk kerja-kerja menaik taraf Carcosa Seri Negara.

Dia mempersoalkan rasional peruntukan sebesar itu sedangkan rakyat kini berdepan tekanan kewangan dan kos sara hidup yang meningkat.

e8136c55299fe6ad4325424273c5a756
Ahmad Fadhli Shaari

“Kita tidak menolak pembangunan. Tetapi, kenapa RM600 juta ini diumumkan dalam keadaan kita bergelut dengan isu kewangan dan ekonomi kos sara hidup pada hari ini?” soalnya di Dewan Rakyat.

Carcosa Seri Negara terdiri daripada dua bangunan warisan yang dahulunya menjadi kediaman mewah penjajah British, milik Pesuruhjaya Tinggi British pertama, Frank Swettenham. Terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, bangunan itu kini berfungsi sebagai hotel butik mewah.

Semasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Ibrahim pada Jumaat lalu, memaklumkan bahawa Khazanah Nasional Berhad akan menanggung kos RM600 juta bagi menaik taraf Carcosa Seri Negara serta enam blok bangunan di Kompleks Sultan Abdul Samad.

Fadhli turut mengimbas kembali kenyataan Rafizi Ramli (PH- Pandan) pada 2016 yang ketika itu mengkritik cadangan di bawah pimpinan untuk membelanjakan RM650 juta bagi menaik taraf kawasan Taman Tasik Perdana menjadi Taman Tugu — projek yang juga diterajui Khazanah.

4b53abd6b8a1dbe5e1012735aa68b830

Ketika itu, Rafizi mempersoalkan sama ada projek besar seperti itu digunakan untuk menyalurkan dana kepada Barisan Nasional bagi tujuan pilihan raya.

“Maka hari ini saya nak bertanya apa jaminan RM600 juta ini tidak akan digunakan untuk dana PRU yang ke-16,” soalnya.

Sehubungan itu, wakil itu menuntut agar projek tersebut dijalankan dengan telus, termasuk pembentangan kos sebenar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta pelaksanaan tender terbuka bagi setiap pakej kerja di bawah projek berkenaan.

Fadhli juga mendesak semua pihak yang membida projek tersebut supaya mendedahkan pemilikan sebenar syarikat, struktur pegangan, dan aliran kewangan yang diterima daripada projek berkenaan.

Untuk rekod, projek Taman Tugu era Najib turut diterajui oleh Khazanah Nasional.



Source link