Malaysia Oversight

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan sokong Israel secara terbuka

By Utusan in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
Pemenang Hadiah Nobel Keamanan sokong Israel secara terbuka


CARACAS: Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan pada Jumaat, menyatakan sokongan terbuka kepada Israel dan berikrar untuk memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis jika dipilih sebagai presiden, lapor Anadolu Agency.

“Saya percaya, dan saya boleh mengumumkan bahawa kami akan memindahkan kedutaan Israel ke Baitulmaqdis,” kata Machado dalam satu temu bual bersama saluran televisyen Israel.

“Saya berjanji, suatu hari nanti Venezuela akan menjalin hubungan rapat dengan Israel. Itu akan menjadi sebahagian daripada sokongan kami terhadap negara Israel,” tambahnya.

Pada tahun 2009, di bawah pentadbiran mendiang Hugo Chavez, Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan mengusir duta besar Israel sebagai tanda bantahan terhadap perang Gaza 2008–2009.

Pada September lalu, Machado turut menjadi penyokong lantang terhadap rancangan peluasan ketenteraan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald di kawasan Caribbean, dengan menyuarakan pandangan bahawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, merupakan ancaman besar kepada keselamatan serantau.

“Ini tentang menyelamatkan nyawa,” katanya dalam temu bual bersama Fox News bulan lalu susulan tindakan ketenteraan AS terhadap bot yang disyaki digunakan untuk penyeludupan dadah di Caribbean.

“Bukan sahaja nyawa rakyat Venezuela, tetapi juga rakyat AS, kerana seperti yang anda katakan, dan seperti yang kami dengar, Maduro adalah ketua kepada struktur narco-pengganas yang bekerjasama,” ujarnya. -AGENSI





Source link

Anwar selar pembangkang tidak faham kandungan ART 2025

Anwar selar pembangkang tidak faham kandungan ART 2025

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pembangkang yang lantang mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) dengan Amerika Syarikat…
12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

12,000 pesakit hidap penyakit jarang jumpa di Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia dianggarkan mempunyai sekitar 12,000 pesakit penyakit jarang jumpa setakat tahun ini. Ia berdasarkan data daripada dua pusat rujukan…
Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…