Malaysia Oversight

Sistem Parkir Pengecaman Nombor Plat LPR Di 1 Utama Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 1 minute
Sistem Parkir Pengecaman Nombor Plat LPR Di 1 Utama Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna


Sistem Parkir Pengecaman Nombor Plat LPR Di 1 Utama Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna

October 13, 2025
Aplikasi
Automotif
Kewangan

Amy Maizuraa

Pusat beli-belah 1 Utama kini memperkenalkan sistem Pengecaman Nombor Plat atau License Plate Recognition (LPR) yang membolehkan semua pengguna masuk dan keluar dari kawasan parkir tanpa memerlukan tiket fizikal.

Inisiatif ini selari dengan usaha berterusan 1 Utama ke arah penggunaan tanpa kertas. Sebelum ini, kemudahan LPR ini hanya ditawarkan kepada pemegang kad ONECARD. Kini, sistem tersebut dibuka kepada semua pengguna sekali gus memberikan pengalaman parkir yang lebih efisien.

%F0%9F%9A%97%F0%9D%90%86%F0%9D%90%A8 %F0%9D%90%86%F0%9D%90%AB%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%A7 %F0%9D%9F%8F %F0%9D%90%94%F0%9D%90%AD%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%A6%F0%9D%90%9A %F0%9D%90%82%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%AB %F0%9D%90%8F%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%AB%F0%9D%90%A4 %F0%9D%90%88%F0%9D%90%AC %F0%9D%90%8D%F0%9D%90%A8%F0%9D%90%B0 %F0%9D%90%93%F0%9D%90%A2%F0%9D%90%9C%F0%9D%90%A4%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%AD%F0%9D%90%A5%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%AC%F0%9D%90%AC%F0%9F%9A%99Starting tod 1

Bagi pemegang kad ONECARD, pendaftaran kenderaan boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih 1 Utama SuperApp.

Antara kelebihan yang ditawarkan termasuk pendaftaran sehingga dua kenderaan bagi setiap akaun, caj parkir yang ditolak secara automatik daripada dompet digital 1PAY, serta akses eksklusif ke kawasan ONECARD Preferred Parking (OPP) dan ONECARD Express Parking (OEP).

Selepas sistem diaktifkan, kredit parkir dan baki 1PAY akan digabungkan dan kad fizikal ONECARD tidak lagi boleh digunakan untuk tujuan parkir. Tiada baki minimum diperlukan semasa masuk. Pendaftaran ini adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan.

%F0%9F%9A%97%F0%9D%90%86%F0%9D%90%A8 %F0%9D%90%86%F0%9D%90%AB%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%A7 %F0%9D%9F%8F %F0%9D%90%94%F0%9D%90%AD%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%A6%F0%9D%90%9A %F0%9D%90%82%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%AB %F0%9D%90%8F%F0%9D%90%9A%F0%9D%90%AB%F0%9D%90%A4 %F0%9D%90%88%F0%9D%90%AC %F0%9D%90%8D%F0%9D%90%A8%F0%9D%90%B0 %F0%9D%90%93%F0%9D%90%A2%F0%9D%90%9C%F0%9D%90%A4%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%AD%F0%9D%90%A5%F0%9D%90%9E%F0%9D%90%AC%F0%9D%90%AC%F0%9F%9A%99Starting tod

Bagi pengguna yang bukan pemegang kad ONECARD, bayaran parkir boleh dilakukan secara digital di stesen Autopay atau dengan mengimbas kod QR disediakan.

Proses ini melibatkan memasukkan nombor plat kenderaan tanpa ruang, memilih imej nombor plat yang dipaparkan, mengesahkan maklumat parkir dan membuat bayaran menggunakan kad debit atau kredit.

Instagram

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link