Malaysia Oversight

Kami bukan budak-budak berebut ‘mainan’

By MkiniBM in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
Kami bukan budak-budak berebut ‘mainan’


Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden , SA Vigneswaran menolak kenyataan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi yang menggambarkan parti mereka ibarat “kanak-kanak yang kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula.”

Kedua-dua pemimpin itu menegaskan, dakwaan Zahid bahawa MCA dan hanya berminat pada “mainan” atau jawatan dalam Barisan Nasional () adalah tidak benar.

Dalam hantaran di Facebook semalam, Wee menegaskan bahawa apa yang dituntut MCA hanyalah layanan yang adil.

“MCA tidak pernah merayu untuk mendapatkan mainan, apatah lagi merajuk hentak-hentak kaki.

“Sebaliknya apa yang kami tuntut hanyalah rasa hormat, layanan yang adil, dan mengembalikan semangat serta prinsip asal penubuhan parti Perikatan sebelumnya. MCA akan terus menjadi sebuah parti yang bersuara demi rakyat,” ketika berucap semasa Konvensyen MCA Pahang.

c1f3f99251bc3a5a769a7e08d5066721

Turut membidas Zahid adalah Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

“Kebanyakan ahli akar umbi tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Hanya segelintir pemimpin yang mendapat mainan mahu sedemikian,” kata Chong dalam catatan di Facebook.

Sementara itu, Vigneswaran turut menafikan dakwaan bahawa mengejar jawatan, sebaliknya menegaskan partinya menuntut maruah.

79b7026e1d2244f6a187a9bfa794ff30

“Mereka (ketua-ketua bahagian) juga melahirkan kebimbangan tentang cara MIC dilayan oleh kepimpinan .

“Mereka mahu parti ini dilayan dengan maruah dan penghormatan. Mereka memberitahu CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat) supaya melakukan apa yang dirasakan terbaik untuk masa depan MIC,” katanya yang dipetik Free Malaysia Today.

Kedua-dua parti itu kini sedang menilai kemungkinan keluar daripada BN berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional, khususnya selepas di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Antara kebimbangan utama mereka ialah pembahagian kerusi pilihan raya yang memihak kepada parti penyandang. Berdasarkan formula perkongsian kerusi antara BN dan PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan mendapat sebilangan kecil kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini, MCA hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu.

9116d78c3264fafe13e9c0fc61770971

Dalam perkembangan berkaitan, Vigneswaran turut mempersoal dakwaan Zahid bahawa presiden Umno itu telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin MIC minggu lalu bagi membincangkan kedudukan parti itu dalam BN.

Katanya, mesyuarat yang dijadualkan bersama Zahid pada Khamis lalu telah ditangguhkan.

“Saya benar-benar terkejut dengan kenyataan beliau. Saya tidak tahu siapa sebenarnya pemimpin yang beliau maksudkan telah ditemuinya.

“Bagi pihak kami, sebarang perbincangan mesti dilakukan bersama kepimpinan tertinggi parti,” katanya .

Presiden MIC itu turut menjelaskan bahawa kali terakhir beliau bertemu Zahid secara rasmi ialah dua tahun lalu.



Source link