Perodua Perkenal “Super App” Meliputi Dompet Digital Sehingga Penstriman Video – P-Circle
Aman
Perodua hari ini hadir dengan penawaran aplikasi semua-dalam-satu mereka, sekaligus mempromosikan gaya hidup mudah-alih, melalui aplikasi dinamakan P-Circle. Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun di Android dan iPhone bermula hari ini.

Aplikasi P-Circle mengintegrasikan sejumlah ciri bersama-sama dengannya, dan bukan terhad berkaitan dengan kenderaan sahaja. Perodua memecahkan ia mengikut empat kategori, iaitu kewangan, pergerakkan, gaya hidup, dan juga komuniti.
Dibawah kewangan, pengguna disediakan dengan dompet digital yang boleh ditambah-nilai dan digunakan dalam pembayaran. Pengguna turut diberikan dengan mata ganjaran, yang seterusnya boleh diubah kepada pelbagai perkara dengan mudah.

Pada bahagian pergerakkan, pengguna disediakan dengan peta P-Map untuk ke pelbagai destinasi, selain turut memudahkan pengguna melakukan pencarian pengecas terdekat. Pada kategori gaya hidup pula, Perodua menawarkan akses kepada penstriman video dengan sejumlah kandungan tersedia untuk diakses secara percuma. Tidak setakat itu, ia turut membawa akses pantas kepada Unifi melalui P-Home, selain akses kalendar melalui P-Calendar.

Pada bahagian komuniti pula, ia menyertakan sokongan data kesihatan melalui pautan pada jam tangan pintar, selain akses kepada P-Chat untuk berkomunikasi, dan P-Marketplace untuk beli barangan Perodua.
Apliaksi ini boleh dikatakan masih awal lagi, dan dijangka akan mengintegrasikan lebih banyak ciri-ciri bergerak ke hadapan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi P-Circle ini di Android dan iPhone hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






