Kerajaan kini memperincikan rancangan untuk menguatkuasakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Dalam dokumen ringkasan Belanjawan 2026 yang dikeluarkan menyatakan bahawa senarai hitam ini akan menyasarkan dua kategori peminjam:
Pertama, peminjam yang mempunyai tunggakan melebihi lima tahun dan berpendapatan lebih daripada RM6,000 sebulan.
Kedua, peminjam yang bekerja di luar negara.
Data Parlimen menunjukkan bahawa sehingga akhir tahun 2024, jumlah hutang tertunggak daripada peminjam yang tidak pernah membuat sebarang bayaran balik atau tidak membayar secara konsisten telah melebihi RM11 bilion.
Daripada jumlah itu, lebih RM5 bilion adalah hutang daripada peminjam yang tidak membayar walau satu sen pun kepada tabung tersebut.






