Malaysia Oversight

Cermin Mata Pintar Apple Mungkin Menggunakan Dua Sistem Operasi Berbeza Mengikut Peranti Disambung

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Dilaporkan Tangguh Pembangunan Vision Pro Ringan Untuk Menghasilkan Cermin Mata Pintar


Cermin Mata Pintar Mungkin Menggunakan Dua Sistem Operasi Berbeza Mengikut Peranti Disambung

October 13, 2025

Effi Saharudin

Pembangunan cermin mata pintar pertama dipercayai sedang diperhebatkan sehingga menyebabkan pembangunan Apple Vision versi lebih ringan ditangguhkan. Hari ini Mark Gurman menerusi Bloomberg melaporkan “Apple Glass” akan menggunakan dua sistem operasi berbeza bergantung kepada peranti mana ia ditambat.

APple Glass

Apple Glass generasi kedua ini dijangka tiba 2027 dengan ia akan mempunyai skrin terbina terus pada lensa. Apabila ditambat kepada komputer macOS, Apple Glass akan menggunakan visionOS untuk pengalaman lebih menyeluruh. Sementara itu apabila ditambat kepada pula, sistem operasi lebih ringan akan digunakan. Masih belum diketahui apakah sistem operasi kedua ini dan apakah perbezaannya dengan visionOS.

Pada waktu yang sama Apple dikatakan menguji sambungan menggunakan kabel kerana ia mengurangkan masa pendam. Tetapi Apple mempunyai kerisauan melancarkan produk dengan kabel akan menjadikannya kurang menarik kerana peranti pesaing seperti Meta Ray-Ban Display tidak mempunyai sebarang kabel.

Tahun 2026 akan menjadi tahun yang menarik dalam dunia cermin mata pintar kerana semakin banyak pengeluar akan menawarkan produk mereka. Dominasi Meta dalam arena ini akan mula dicabar khususnya oleh Samsung dan Google menerusi cermin mata pintar Android XR mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link