Malaysia Oversight

ULASAN | Reformasi institusi agenda semua

By MkiniBM in May 4, 2025 – Reading time 3 minute
ULASAN | Reformasi institusi agenda semua


ULASAN | Kelmarin menyaksikan satu lagi sejarah apabila BERSIH dan IDEAS membidani sebuah Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri () daripada pelbagai parti dan negeri yang berbeza.

Kaukus ini dianggotai oleh daripada parti Keadilan, , Amanah, DAP dan Muda. -Adun ini pula daripada lima buah negeri iaitu Perak, , Johor, dan Pahang. Sebelum ini terdapat seorang wakil daripada iaitu Allahyarham Ishsam Shahruddin, mantan Adun Ayer Kuning. Kaukus ini turut dianggotai oleh pertubuhan masyarakat sivil (CSO); Institusi Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), Bait Al-Amanah dan Agora Society.

Kaukus ini adalah rentetan daripada usaha-usaha BERSIH dan IDEAS selama ini. Sebelum ini BERSIH pernah menubuhan Multi-Party Democracy Caucus di peringkat Parlimen. IDEAS pula membidani dan menjadi sekretariat kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KPRM) Pendanaan Politik. KDPP ini adalah tajribah atau percubaan politik baharu oleh BERSIH dan IDEAS untuk mengumpulkan ahli-ahli politik rentas negeri dalam satu platform yang sama.

Satu kelebihan dan kekuatan kaukus adalah kesanggupan dan iltizam adun-adun yang menganggotai kaukus ini untuk bersama-sama dalam agenda mendesak perubahan dan penambahbaikan tatakelola institusi bagi memperkasakan ruang demokrasi yang lebih adil di peringkat negeri.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa agenda reformasi adalah agenda semua pihak. Kita boleh berbincang dalam hal-hal penting negara secara tertib, berilmu dan saling hormat menghormati.

Sebagai contoh, KDPP menjadikan tiga reformasi sebagai isu keutamaan iaitu pendanaan politik, peruntukan pembangunan kawasan (CDF) dan memperkukuh peranan semak dan imbang. Mungkin tidak semua isu atau cadangan polisi akan dipersetujui oleh semua pihak memandangkan pelaksanaan reformasi-reformasi ini juga mempunyai variasi-variasinya.

Umpamanya dalam isu CDF, banyak perbahasan berkenaan peruntukan ini sama ada perlu dikekalkan atau dimansuhkan, apakah kriteria untuk peruntukan, bagaimana mekanisme agihan serta pelaporan dan sebagainya.

BERSIH dan IDEAS dalam kajian mereka berpandangan bahawa peruntukan ini perlu bersifat jangka pendek ke jangka sederhana, dan perlu dimansuhkan untuk jangka panjang kerana peruntukan ini hanyalah untuk mengatasi kelompongan birokrasi agensi-agensi yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain.

Peruntukan ini juga tidak seharusnya digunakan untuk membuat rumah terbuka hari raya atau sumbangan wang tunai. Ada tujuan khusus peruntukan ini untuk pembangunan setempat.

Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) akan membincangkan dasar-dasar sebegini secara bersama serta dengan lebih tuntas. Malah lebih penting lagi, membawa perbincangan-perbincangan reformasi ini ke peringkat negeri serta melata di peringkat akar umbi, rakyat biasa untuk sama-sama menghadam tajuk-tajuk yang dikatakan tidak popular dan teknikal ini.

Kelebihan dan kekuatan kedua pula adalah walaupun kaukus ini tidak mempunyai punca kuasa sama ada di peringkat negeri dan persekutuan, namun ini tidak menghalang adun-adun dan CSO untuk duduk lutut bertemu lutut, berbincang agenda-agenda untuk membawa reformasi ke hadapan.

Tidak mudah untuk mengumpulkan Adun-Adun ini namun berbekal cita-cita dan semangat, mereka dapat bersama, mengenepikan ideologi politik masing-masing demi fokus kepada agenda yang lebih besar. Platform ini diharapkan membawa wacana segar di peringkat DUN dan parti masing-masing.

Agenda reformasi adalah agenda semua rakyat. Walaupun proses-prosesnya mencabar dan berliku, namun dengan iltizam politik yang tinggi, kesedaran bahawa rakyat juga mampu memangkin perubahan ini, satu hari nanti kita akan mempunyai sistem politik dan institusi yang lebih bersih dan adil untuk Malaysia.

ASRAF SHARAFI merupakan Pemangku Pengarah Eksekutif Bersih.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini



Source link