Malaysia Oversight

Ada pemimpin MCA, MIC merajuk bila tak dapat mainan

By MkiniBM in October 12, 2025 – Reading time 2 minute
Ada pemimpin MCA, MIC merajuk bila tak dapat mainan


Pengerusi , Ahmad Zahid Hamidi berkata satu kajian dibuat mendapati ahli-ahli MCA dan tidak mahu parti itu meninggalkan yang telah disertai puluhan tahun.

Presiden itu berkata terdapat di kalangan pemimpin parti itu yang “merajuk” apabila tidak diberikan “mainan”, namun suara mereka tidak mencerminkan sentimen sebenar akar umbi.

“Kita membuat kajian, ahli di bawah tidak mahu keluar daripada , tetapi satu tokoh-tokoh itu mungkin mereka perlukan toys, jadi apabila tidak dapat toys lagi, maka mereka hentak-hentakkan kaki di lantai,” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.

Menurut Ahmad Zahid, dia telah bertemu dengan pimpinan MCA dan MIC “dua hingga tiga kali” dalam minggu ini ketika ditaya mengenai hubungan dengan kedua-dua parti iut,

Ahmad Zahid juga berkata ahli-ahli MIC tidak disekat untuk bertemu Bersatu.

“Kita mempunyai sikap terbuka, mereka boleh jumpa, mereka boleh berbincang, tetapi bila mahu membuat keputusan, mereka mesti memaklumkan kepada dewan tertinggi BN,” katanya.

Ditanya apakah perpaduan meminggirkan MCA dan MIC, Ahmad Zahid berkata di peringkat awal pembentukan , kedua-dua parti itu sendiri menolak untuk menerima jawatan.

“Tetapi kalau sekarang mereka mahu, tunggulah pilihan raya umum akan datang bila parti-parti perkenaan dan sendiri berprestasi, maka kita pasti berusaha ke arah meletakkan semua rakan-rakan di dalam kedudukan Kabinet, tetapi yang penting kita menang dulu,” katanya.

Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa setakat ini ahli Parlimen MCA dan MIC masih menghadiri mesyuarat serta program BN .

Menyifatkan kedua-dua parti itu sebagai “rakan teras”, dia berkata : “keunikan kita ialah kita boleh berbeza pendapat,tetapi apabila kita membuat keputusan, kita buat keputusan bersama.”

238b3dfa5f2ffc0f28b77bf7e6d3965a

Terdahulu, Presiden MIC, SA Vigneswaran, berkata dia bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik demi memastikan kelangsungan parti dan memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat India.

“Kita telah memutuskan bahawa seorang pemimpin mesti bertindak demi kepentingan parti. Jadi, saya telah membuat keputusan untuk membuka pintu kepada perbincangan dengan parti lain,” katanya.

Pada Ogos lalu, Timbalan Presiden , Tuan Ibrahim Tuan Man, menjemput MCA dan MIC menyertai Perikatan Nasional.

Bulan lalu pula, Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan, menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Bersatu, dengan Timbalan Presiden parti, M , mengesahkan hadir sebagai “wakil” parti selepas menerima jemputan daripada Bersatu.



Source link