Malaysia Oversight

Apple Menamatkan Aplikasi Penyuntingan Video, Clips

By Amanz in October 12, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Menamatkan Aplikasi Penyuntingan Video, Clips


kini mengumumkan Clips, aplikasi penyuntingan video mereka tidak lagi akan dikemaskini, dan tidak lagi akan ditawarkan untuk muat-turun bagi para pengguna baru. Pengguna sedia ada boleh kekal menggunakan Clips, tetapi ia tidak akan menerima sebarang pembaharuan untuknya.

apple clips

sebelum ini telah memperkenalkan Clips pada 2017, dalam usaha memudahkan orang ramai menyunting video menggunakannya, sebelum menerbitkan ia di media sosial. Namun, aplikasi berkenaan sendiri tidak dipasarkan oleh dengan meluas, dan tidak digunakan ramai.

Pada hari ini, antara aplikasi seumpamanya yang popular adalah Capcut yang diterbitkan oleh Bytedance, selain Edits oleh Meta juga turut meningkat popular. Apple sendiri menyarankan pengguna menggunakan aplikasi lain seperti InShot, GoPro Quik, dan VN Video Editor sebagai alternatif kepada Clips yang ditamatkan ini.



Source link