Malaysia Oversight

Nak kerjasama? Ahmad minta Bersatu beri surat rasmi dulu

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
Nak kerjasama? Ahmad minta Bersatu beri surat rasmi dulu


Kemukakan surat rasmi jika benar-benar ingin berbincang mengenai kerjasama, kata seorang pemimpin kanan kepada Bersatu yang menyatakan hasrat untuk berbaik-baik dengan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Ahmad Maslan, berkata di sebalik pelbagai kenyataan dan bayangan yang diberikan Bersatu, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat.

Sebaliknya, kata Ahmad, tawaran berkenaan hanya dibangkitkan melalui media.

“Tentunya perkara penting sebegini perlu dibincang di peringkat MKT .

“Jika Bersatu mahu lakukan (kerjasama dengan Umno) atau mahu berkeinginan menyertai Umno semula, kemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat.

“Jangan asyik bangkitkan perkara ini (di media) kerana jika tiada permohonan, macam mana ia hendak dibincangkan secara rasmi di peringkat MKT Umno?” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 dan myDigital Kontraktor (MDK), di Benut, Pontian, hari ini.

Kelmarin, dalam sesi audio siar bersama bekas menteri, Zaid Ibrahim, Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Bersatu yang merupakan serpihan Umno mempunyai ideologi yang sama dengan parti itu.

Justeru, katanya, Bersatu bersedia untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan yang sama.

“Jika dilihat dari sudut agenda, Umno ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Hari ini, Bersatu juga memegang ideologi yang sama.

“Adakah mungkin satu masa nanti ada kerjasama? Ini bukan bermakna Bersatu tidak kuat tetapi kita terbuka untuk bekerjasama,” kata Hamzah.

Bagaimanapun pada 25 April lalu, Pengerusi yang juga Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah menutup pintu kerjasama dengan PN yang menyatakan untuk membentuk kerjasama dengan di Perak.

Ahmad Zahid mengulas cadangan kerjasama itu yang dilontarkan Hamzah serta Presiden , Abdul Hadi Awang ketika berkempen di Ayer Kuning.

Sementara itu, Ahmad berkata apa yang dibangkitkan Hamzah tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi parti itu.

“Tidak ada perbincangan di peringkat MKT mengenai apa yang dicadang Timbalan Presiden Bersatu pada mesyuarat (MKT) baru-baru ini.

“Malah mesyuarat MKT sebelum ini juga tidak pernah membincangkan mengenai isu ini,” katanya lagi.



Source link