Malaysia Oversight

MIT tolak cadangan agenda pendidikan pentadbiran Trump

By MkiniBM in October 11, 2025 – Reading time 1 minute
MIT tolak cadangan agenda pendidikan pentadbiran Trump


GLOBAL | Institut Teknologi Massachusetts (MIT) hari ini menolak cadangan yang dikemukakan oleh pentadbiran Presiden Donald berkaitan agenda pendidikan tinggi negara itu, lapor Xinhua.

Dalam sepucuk surat kepada Jabatan Pendidikan AS, Presiden MIT, Sally Kornbluth menulis: “Dengan penuh rasa hormat, kami tidak dapat menyokong pendekatan yang dicadangkan bagi menangani isu-isu yang dihadapi sektor pendidikan tinggi.

“Dokumen berkenaan turut mengandungi prinsip yang kami tidak bersetuju, termasuk yang akan mengehadkan kebebasan bersuara serta mencabar kebebasan institusi kami,” katanya.

Sally berhujah, asas dokumen yang dikemukakan itu bercanggah dengan pegangan utama MIT iaitu pembiayaan sains harus diberikan semata-mata berdasarkan merit saintifik.

Jabatan Pendidikan AS baru-baru ini menghantar cadangan “compact for academic excellence in higher education” kepada MIT dan lapan universiti lain yang mewajibkan mereka membuat perubahan terhadap sistem pemarkahan, dasar pengambilan pelajar antarabangsa dan beberapa amalan lain sebagai syarat untuk mendapatkan akses keutamaan kepada geran dan manfaat persekutuan.

Bernama/Xinhua



Source link