China Mengharamkan Firma Amerika Yang Mendedahkan Huawei Menggunakan Cip TSMC Secara Haram
Effi Saharudin
Oktober tahun lalu, firma penyelidikan TechInsights dari Amerika Syarikat mendedahkan teknologi cip TSMC digunakan pada cip kecerdasan buatan (AI) Huawei Ascend 910B. Ini menunjukkan syarikat gergasi telekomunikasi China ini masih mampu memintas halangan teknologi yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas mereka sejak 2019. Akibatnya, TSMC berhadapan denda $1 bilion kerana gagal mengelakkan cip mereka jatuh ke tangan Huawei yang dikenakan halangan teknologi oleh Amerika Syarikat.

Hari ini, Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China memasukkan TechInsights dan beberapa syarikat lain ke dalam senarai entiti yang tidak boleh dipercayai. Ini membuatkan TechInsights diharamkan daripada melibatkan diri dalam transaksi, kerjasama dan aktiviti lain dengan syarikat tempatan terutamanya dalam penghantaran data atau mendapatkan maklumat sensitif.
Ini ialah usaha China untuk menghalang tindakan syarikat tempatan daripada terus menggunakan teknologi yang dihalang untuk dikesan negara luar. Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat masih belum berakhir dengan syarikat tempatan disarankan untuk tidak lagi membeli cip keluaran NVIDIA. Sebaliknya mereka digalakkan membeli cip kecerdasan buatan (AI) buatan syarikat tempatan seperti NVIDIA.
Perang tarif awal tahun in melihat Amerika mengenakan tarif import sehingga 245% pada produk yang diimport daripada China. China kemudian membalasnya dengan menghalang eksport unsur nadir bumi dan magnet nadir bumi ke Amerika Syarikat. Ini mendatangkan impak ke atas syarikat pengeluar EV, bateri dan ketenteraan Amerika yang memerlukannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






