PetaKopi Kini Menawarkan Aplikasi iPhone – Memudahkan Penemuan Kedai Kopi Berdekatan
Aman
PetaKopi merupakan salah satu direktori kedai kopi popular yang dibangunkan pembangun tempatan, memudahkan pengguna menemui dan mencari kedai kopi berdasarkan sesuatu lokasi. Sehingga ke hari ini, ia menyenaraikan lebih 2,000 kedai kopi melaluinya.

Selepas sekian lama menawarkan akses melalui web, kini pembangunnya turut menerbitkan aplikasi pertama PetaKopi. Buat masa ini, aplikasi berkenaan ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja.
Menggunakan aplikasi berkenaan, anda boleh melakukan penemuan kedai kopi disesuatu lokasi, disamping menggunakan lokasi peranti untuk melihat kedai-kedai berdekatan. Seperti pada web, anda turut boleh menyemak butiran maklumat berkaitan sesuatu kedai dengan mudah melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun aplikasi PetaKopi ini melalui AppStore hari ini secara percuma.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






