Malaysia Oversight

Belanjawan 2026 : Program Tenaga Solar Terus Diberi Penekanan – Dijangka Menjana 2GW Tenaga Elektrik Mampan

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Belanjawan 2026 : Program Tenaga Solar Terus Diberi Penekanan – Dijangka Menjana 2GW Tenaga Elektrik Mampan


National Energy Transition Roadmap ialah projek peralihan tenaga yang diperkenalkan pada pertengahan tahun 2023 sebagai pemetaan untuk Malaysia memastikan bahawa 70 peratus daripada kapasiti penjanaan elektrik adalah dari sumber tenaga lestari menjelang tahun 2050.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Dato’ Seri Ibrahim mengatakan projek NETR akan terus dipacu pemain industri, dan akan menerima sokongan kewangan dengan dana bernilai RM150 juta.

Bukan itu sahaja, projek penjanaan solar berskala besar dilaksanakan dengan kapasiti hampir 2 gigawatt di bawah program LSS 6 melibatkan anggaran pelaburan swasta RM6 bilion. Syarikat-syarikat GLIC lain juga sedang menggerakkan pelaburan bernilai RM16.5 bilion untuk tahun 2026.

Blanjawan20206

UEM Lestra akan membangunkan ladang solar di Segamat, Melaka dan , dan akan bekerjasama dengan syarikat lebuhraya PLUS untuk memperluaskan penawaran kemudahan pengecasan kereta elektrik.

Infrastruktur solar fotovolta yang sudah dipasang di bangunan Parlimen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Wisma Pertahanan dan kem-kem Angkatan Tentera Malaysia juga telah menghasiulkan kapasiti terkumpul 7.8 megawatt setakat ini, dan telah menjimatkan bil elektrik sehingga 42 peratus, dimana ia dikatakan bahawa bangunan Parlimen sahaja telah menjana penjimatan sebanyak 22 peratus.

Program Net Energy Monitoring (NEM) yang bertanggungjawab untuk membuka rakyat kepada kelebihan pemasangan infrastruktur janaam tenaga solar di Malaysia telah berakhir pada 25 Jun 2025, dan akan digantikan dengan pelan baru yang dinamakan Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) yang akan meneruskan program NEM sebelum ini.

Solar ATAP juga membuka peluang pengguna untuk menyumbang kepada peningkatan penjanaan TBB menerusi pemasangan solar berkapasiti sehingga 500 megawatt.



Source link