Malaysia Oversight

Belanjawan 2026 : Kerajaan Memperkasa Bidang Aeronautik Melalui UniMAP Dan UTHM

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Belanjawan 2026 : Kerajaan Memperkasa Bidang Aeronautik Melalui UniMAP Dan UTHM



Belanjawan202601

Belanjawan 2026 : Memperkasa Bidang Aeronautik Melalui UniMAP Dan UTHM

October 10, 2025
Kewangan

Aman

Bidang aeronautik turut mendapat perhatian pada Belanjawan 2026 kali ini, dimana memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk bidang ini. Untuk makluman, bidang aeronautik memfokuskan kepada kajian-kajian tentang aspek-aspek penerbangan.

Menyentuh secara ringkas mengenainya, ia dikongsikan UTHM merupakan universiti pertama di ASEAN yang mempunyai lapangan terbang tersendiri dalam menyokong industri penerbangan maritim dan juga melahirkan juruterbang amfibia tempatan.

Tidak setakat itu, UniMAP turut akan membangunkan Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat, Perlis. Ia akan menjadi kemudahan pertama negara dalam menguji penerbangan altitud rendah. Arena ini dilihat sangat berpotensi, terutamanya dalam sektor logistik, pemetaan, pertanian pintar dan juga keselamatan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link