Kerajaan melalui Belanjawan 2026 mengumumkan pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat (Sara) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang dijangka disalurkan pada pertengahan Februari tahun depan.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, bantuan ini bertujuan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup terutama menjelang musim perayaan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi 100 ringgit Sara kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas.
“Ini akan disalur pada pertengahan Februari yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.






