Malaysia Oversight

Baju KL, samping Marang, beg ilham OKU ‘perkemas’ Belanjawan 2026

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Baju KL, samping Marang, beg ilham OKU 'perkemas' Belanjawan 2026


BELANJAWAN 2026 |  Ada yang lebih menarik selain warna baju yang dipakai Perdana Menteri, Ibrahim, untuk membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada hari ini.

Kali ini mempersiapkan diri dengan produk anak tempatan.

Di media sosialnya, yang juga menteri kewangan memperincikan apa yang dipakainnya untuk ke parlimen. Dia mengenakan baju Melayu dengan warna kegemarannya – biru muda.

Berdasarkan perincian gambar itu, Anwar memakai baju Melayu yang disiapkan di Kuala Lumpur, manakala songkok pula buatan usahawan tempatan di Johor.

Samping yang dipadankan bersama baju Melayu itu dihasilkan dari Penjara Marang, Terengganu.

Untuk kasut pula, Anwar mengenala capal jenama Jago yang dihasilkan usahawan bumiputera di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Butang yang melengkapkan baju Melayu itu dihasilkan ahli perniagaan di Pahang.

Bekas yang berisi teks belanjawan tersebut diisi Anwar dalam beg hear treasures & tanoti yang unik – kerana ia merupakan hasil rekaan anak muda orang kelainan upaya (OKU).



Source link