Malaysia Oversight

Belanjawan 2026 : Teknologi Tempatan Perlu Dikomersilkan Dengan Lebih Agresif

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Belanjawan 2026 : Teknologi Tempatan Perlu Dikomersilkan Dengan Lebih Agresif


Belanjawan 2026 : Teknologi Tempatan Perlu Dikomersilkan Dengan Lebih Agresif

October 10, 2025
Lain-lain

Nazrin

Berdasarkan data yang dikongsi, universiti awam dilaporkan telah mneubuhkan sebanyak 450 syarikat terbitan, yang merupakan satu angka yang cukup tinggi sekali, akan tetapi kadar pengkomersilan masih rendah, kira-kira sekitar lima peratus sahaja.

Ini bermakna bahawa institusi pengajian Malaysia mempunyai banyak idea yang baik yang boleh dibangunkan, tetapi apabila tiba masa untuk memasarkan produk-produk yang dibangunkan ini, secara lazimnya ia cukup sukar sekali untuk dilakukan.

Belanjawan2026 Oren

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Ibrahim telah mengatakan bahawa akan memberi kelonggaran untuk membolehkan pengasas syarikat untuk melakukan aktiviti berikut untuk memasarkan produk mereka:

  • Pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan dibenarkan mengambil cuti penyelidikan atau sabatikal setahun untuk tujuan pengkomersialan R&D.
  • bersetuju menyalurkan dana permulaan 10 juta ringgit melalui penubuhan Dana Nasional Syarikat Terbitan.
  • Ini memberi peluang kepada 50 pensyarah menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan syarikat terbitan, serta menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM30 juta dengan kesan pengganda tiga kali ganda.

Contoh-contoh produk yang telah dibangunkan melalui proses R&D tempatan termasuklah mesin dialisis buah pinggan mudah alih dan rawatan kanser lidah oleh Universiti Sains Malaysia, dan rawatan

kesuburan dan terapi biologi osteoartritis lutut oleh Universiti Malaya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link