Malaysia Oversight

Dividen Petronas kepada kerajaan susut RM12 bilion

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


nampaknya menjangkakan tahun yang sukar buat Petronas pada tahun hadapan.

Di bawah Belanjawan 2026, syarikat minyak dan gas nasional itu dijangka hanya akan membayar dividen sebanyak RM20 bilion kepada tahun depan.

Ia RM12 bilion lebih rendah berbanding dividen RM32 bilion yang dibayar kepada pada tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 37 peratus.

Dokumen unjuran fiskal kerajaan Persekutuan tidak menyatakan sebab pemotongan dividen tersebut, namun kerajaan menjangkakan harga minyak mentah akan berada di paras sederhana tahun depan.

Selain bayaran dividen daripada Petronas, cukai pendapatan petroleum juga dijangka berjumlah RM1.2 bilion pada tahun 2026.

Petronas kini dalam proses mengurangkan tenaga kerja sebanyak 10 peratus ekoran kejatuhan harga minyak mentah. Syarikat itu juga tidak lagi membuat pengambilan pekerja baru sehingga hujung tahun depan.

Walaupun prospek Petronas kelihatan suram, kerajaan sedang mengurangkan kebergantungan terhadap hasil petroleum untuk dana negara.

Ketahui lebih lanjut dalam laporan visual Belanjawan 2026 kami.



Source link