Malaysia Oversight

Parlimen tolak usul bahas denda Fifa pada FAM

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
Parlimen tolak usul bahas denda Fifa pada FAM


Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak usul tergempar seorang anggota parlimen untuk membahaskan denda Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Keputusan itu disampaikan oleh speaker menerusi surat bertarikh 9 Okt kepada anggota parlimen Kampar Chong Zhemin yang menyerahkan usul tersebut pada 7 Okt.

Dalam surat yang dikongsi dengan Malaysiakini, Johari berkata isu itu telah dijawab oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di parlimen semalam semasa sesi soal jawab menteri.

Usul itu ditolak berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(7)(b).

[Berita penuh menyusul]



Source link