Malaysia Oversight

BDS seru turun demo bantah kehadiran Trump di M’sia

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 3 minute
BDS seru turun demo bantah kehadiran Trump di M'sia


Kumpulan penyokong pembebasan Palestin, Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia hari ini mengumumkan akan menganjurkan protes aman bersama lebih 23 organisasi rakan pada 26 Oktober bagi membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald ke Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur.

Menurut BDS Malaysia, walaupun mereka menghormati pendirian rasmi dan pendekatan diplomatiknya, rakyat masih berhak menyuarakan pandangan melalui perhimpunan aman sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Kami berharap jutaan rakyat Malaysia akan turun menyatakan ketidakpuasan hati dan bantahan terhadap dasar Amerika yang kini diterajui .

“Walaupun kami menghormati keputusan Perdana Menteri Ibrahim sebagai ketua negara, kami secara peribadi percaya bahawa masih tidak dialu-alukan,” kata pengerusi BDS Malaysia Mohd Nazari Ismail, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

2ef9688c4d425d105d596af1bb09b762

Turut hadir ialah wakil daripada Abim, Ikram, Global Peace Mission, Malaysian Humanitarian Aid Relief (MyHAR), dan Parti Muda, antara lain.

Presiden Abim, Ahmad Samsudin menegaskan demonstrasi tersebut akan diadakan mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman, sambil menyeru kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan peserta.

“Kami tidak mahu dilihat sebagai kumpulan yang merampas atau mencemari Sidang Kemuncak Asean.

“Kami percaya perdana menteri sedang melakukan yang terbaik untuk menyampaikan suara Malaysia, tetapi kami juga percaya bahawa CSO dan NGO mesti memainkan peranan agar suara kami turut didengar.

e35d73befbf732bd4eb444cf7588f491

perlu memahami bahawa kami mempunyai pendirian sendiri dalam hal ini. Oleh itu, kami percaya kerajaan dan agensi keselamatan harus memberi ruang kepada kami untuk menunjukkan solidariti serta menyatakan pendirian,” katanya.

Aktivis berpengalaman dan bekas naib presiden , Tian Chua, berkata pihaknya menyambut baik sokongan daripada pemimpin progresif yang memperjuangkan isu Palestin namun menegaskan perhimpunan itu bertujuan menyorot kesan buruk dasar-dasar Trump.

“Kami percaya perhimpunan ini akan mengingatkan para pemimpin Asean dan dunia bahawa kita tidak boleh terus menutup mata terhadap krisis kemanusiaan besar yang sedang berlaku di Gaza dan seluruh Palestin,” katanya.

Tambahnya, protes tersebut disertai pelbagai kumpulan daripada latar politik, ideologi dan pandangan berbeza, yang bersatu atas dasar solidariti untuk Palestin.

e94129076b5564f117fb25a67505b55a

“Gabungan ini wujud atas satu pendirian bersama — kami menolak lawatan Trump dan mahu mengingatkan dunia bahawa Trump ialah sebahagian daripada sistem yang bersekongkol dalam penindasan terhadap rakyat Palestin. Itulah pendirian kami bersama,” tegasnya.

Tian Chua turut menegaskan perjuangan menuntut penubuhan negara Palestin akan diteruskan tanpa mengira apa jua hasil daripada rancangan Trump.

“Protes terhadap lawatan Trump hanyalah sebahagian daripada kempen kami yang lebih luas,” katanya.

23 organisasi turun demo

Tunjuk perasaan yang akan diadakan di Ampang Park, Kuala Lumpur itu turut disertai lebih 23 pertubuhan termasuk kumpulan belia Mandiri, parti politik Pejuang, Sekretariat Solidariti Palestin, dan Persatuan Ulama Malaysia, antara lain.

Kumpulan itu turut memberi amaran agar masyarakat tidak melihat Trump sebagai pendamai, sebaliknya sebagai individu yang menggunakan platform Asean untuk mempromosikan agenda peribadi, termasuk usaha “perdamaian” Gaza semata-mata untuk meraih Hadiah Nobel Keamanan.

“Rancangan damai Trump untuk Gaza direka oleh pihak Israel bagi meneruskan penjajahan ke atas tanah Palestin.

16336e09b5000a62a7c41300764aa289

“Pelan itu langsung tidak menyebut tentang penamatan penjajahan, pengunduran penuh dari Tebing Barat, atau hak pelarian untuk kembali.

“Bagaimana ia boleh disebut pelan damai, sedangkan hakikatnya ia adalah pelan untuk meneruskan penindasan terhadap Palestin,” tegas Nazari.

Jemput Trump satu penghinaan

Nazari turut mendedahkan sehingga kini, lebih 62,000 orang awam telah terbunuh, termasuk hampir 20,000 kanak-kanak, manakala bantuan kewangan, senjata dan perlindungan diplomatik terus diberikan oleh Trump kepada Israel — yang memperhebat pembunuhan beramai-ramai dan kelaparan paksa terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

f3ebe38073e5624032a1e98bcb59c90a

“Menjadi tuan rumah kepada beliau akan menjadi pengkhianatan terhadap solidariti lama Malaysia dengan rakyat Palestin dan mencemarkan integriti diplomatik negara kita.

“Oleh itu, mengalu-alukan Presiden Trump ke Malaysia bukan sahaja tidak wajar tetapi amat menyinggung perasaan.

“Seharusnya tiada permaidani merah, tiada sambutan rasmi, dan tiada platform untuk seorang individu yang warisan politiknya sangat berkait dengan penderitaan rakyat Palestin,” kata Nazari lagi.



Source link