Malaysia Oversight

Perhilitan tangkap rimau dahan disyaki baham ternakan

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau dahan jantan yang dipercayai sering menyerang haiwan ternakan penduduk di Kampung Kelekok dekat Sebarang La, Hulu Besut, di Jertih pagi semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata usaha menangkap harimau itu dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran haiwan liar itu pada 2 Okt lepas.

Beliau berkata harimau dahan seberat 25 kilogram itu telah memasuki perangkap yang dipasang di lokasi terbabit.

“Difahamkan harimau itu sebelum ini telah membaham empat ekor haiwan ternakan penduduk, iaitu seekor lembu dan tiga ekor kambing.

c8783ee449b706ea2767e2bec165182b

“Jadi, tangkapan harimau dahan ini dapat meredakan keresahan penduduk kampung terhadap ternakan serta keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, Loo berkata pemeriksaan telah dilakukan terhadap harimau terbabit bagi mengetahui status kesihatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal.

Beliau berkata harimau spesies berkenaan jarang ditemukan di Terengganu dan tangkapan itu adalah yang kedua direkodkan pada tahun ini.

– Bernama

427414a8e163aa0fe283c76e3c531ab8



Source link