Malaysia Oversight

Lelaki jatuh sungai ketika cari siput ditemukan lemas

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Tuntung dekat Pantai Remis ketika mencari siput petang semalam, ditemukan lemas malam tadi.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafia berkata Mohamad Zulkifli Mat Saad, 27, ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Katanya selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut, operasi diteruskan kira-kira jam 11.15 malam selepas paras air sungai mulai surut dengan jarak pencarian dianggarkan satu kilometer dari tempat mangsa terjatuh.

“Pencarian menggunakan dua bot melibatkan lapan anggota termasuk empat dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA),” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Shazlean berkata pasukan penyelamat turut dibantu orang awam yang melakukan pencarian melalui laluan darat di kawasan paya bakau berhampiran.

“Pada 11.30 malam, mangsa ditemukan sebelum dibawa keluar melalui laluan darat dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pengesahan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bernama



Source link