Malaysia Oversight

Selangor cadang agihan cukai vape kepada negeri, PBT untuk penguatkuasaan

By TheSun in October 10, 2025 – Reading time 2 minute
Selangor cadang agihan cukai vape kepada negeri, PBT untuk penguatkuasaan


SHAH ALAM: mencadangkan sebahagian daripada kutipan cukai penjualan produk rokok elektronik () disalurkan kepada semua negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata langkah itu penting bagi memastikan hasil cukai terbabit digunakan untuk mengurus dan menangani kesan negatif penjualan .

Beliau menegaskan agihan ini akan melancarkan tindakan penguatkuasaan dan pendidikan awam lebih menyeluruh pada peringkat akar umbi.

“Sebagai contoh, negeri dan PBT perlu sumber yang mencukupi untuk menjalankan operasi bersepadu penguatkuasaan ke atas premis yang menjual secara haram, terutamanya kepada remaja dan pelajar sekolah serta melaksanakan program advokasi dan kesedaran komuniti mengenai bahaya penggunaan vape,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamaliah menambah bahawa dana tersebut juga boleh dimanfaatkan dengan penyediaan sokongan kepada institusi pendidikan, komuniti dan PBT dalam memantau dan mencegah penjualan vape di kawasan larangan.

Beliau turut menyatakan dana itu boleh digunakan untuk menyediakan rawatan pemulihan bagi mereka yang ketagihan nikotin, terutamanya golongan muda.

Jamaliah berkata tanpa agihan sumber yang sewajarnya kepada kerajaan negeri dan PBT, usaha penguatkuasaan hanya akan tertumpu pada peringkat pusat sekali gus menyukarkan pelaksanaan menyeluruh.

Beliau turut menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan mekanisme kolaboratif antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam isu pengawalan vape.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata KKM mencadangkan supaya kadar cukai ke atas cecair rokok elektronik atau vape dinaikkan sebanyak 10 kali ganda, daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml).

Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyelaraskan kadar cukai produk vape dengan produk tembakau konvensional. – Bernama



Source link