Malaysia Oversight

Malaysia tewaskan Laos 3-0

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia tewaskan Laos 3-0


Walaupun dengan kontroversi yang menyelubungi bola sepak negara berhubung pemain warisan, Harimau Malaya tetap menunjukkan aksi yang membanggakan apabila menewaskan Laos 3-0 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027.

Arif Aiman mengejutkan penyokong tuan rumah di Stadium Nasional New Laos, Vientiane dengan jaringan gol pertama pada minit ke-54.

Jaringan kedua menyusul kira-kira 15 minit kemudian oleh kapten, Dion Cools sebelum Faisal Halim melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan jaringan pada minit ke-98.

[Berita lanjut menyusul]



Source link