Presiden Perancis Emmanuel Macron hari ini menyambut baik persetujuan antara Israel dan Hamas mengenai pembebasan tawanan dan menghentikan pertempuran di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Persetujuan ini mesti menandakan berakhirnya perang dan permulaan penyelesaian politik yang berasaskan penyelesaian dua negara,” kata Macron.
“Perancis bersedia untuk menyumbang ke arah matlamat ini. Kami akan berbincang dengan rakan antarabangsa petang ini di Paris,” katanya, merujuk kepada persidangan mengenai pelaksanaan pelan damai Amerika Syarikat (AS) untuk Gaza dan sokongan pascaperang.
“Saya menyeru semua pihak agar mematuhi sepenuhnya terma persetujuan yang telah dicapai,“ kata Macron, sambil berkata yang ia adalah sumber “harapan besar” bagi tawanan dan keluarga mereka, untuk rakyat Palestin di Gaza dan untuk seluruh rantau ini.
-Bernama






