Jennie Blackpink Perkenal Muka Taip Zen Serif Dengan Kerjasama Meta
Amy Maizuraa
Jennie Kim iaitu ahli kumpulan BLACKPINK telah memperkenalkan muka taip baharu yang dinamakan ‘ZEN SERIF’. Fon ini dibangunkan bersama Meta dan menjadi muka taip tulisan Korea pertama yang boleh digunakan dalam aplikasi Instagram Edits. Usaha ini bertujuan untuk mempromosikan keindahan dan nilai warisan tulisan Korea kepada peminat di seluruh dunia.

Fon ini direka dengan hiasan minimum bagi menonjolkan bentuk asas sambil mengimbangi eleman minimalis dengan lengkungan yang halus. Pendekatan ini menghasilkan reka bentuk yang kemas, moden dan mudah digunakan dalam pelbagai konteks visual.

Fon ZEN SERIF boleh dimuat turun secara percuma melalui laman rasmi OA Entertainment dan beberapa platform lain. Ia turut diintegrasikan ke dalam aplikasi Edits yang membolehkan pengguna menggunakan fon ini secara langsung dalam kandungan media sosial mereka seperti Reels dan video pendek.

Dalam perkembangan berkaitan, Edits turut menerima beberapa kemaskini baharu yang meningkatkan pengalaman pencipta kandungan. Antaranya termasuk ratusan kesan bunyi baharu serta ciri untuk memaparkan prestasi Reels dalam bentuk PDF untuk dikongsikan dengan rakan kongsi terlibat.

Penambahan ini menjadikan Edits sebagai platform yang lebih menarik selari dengan pelancaran fon ZEN SERIF yang diinspirasikan oleh Jennie Blackpink.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






