Malaysia Oversight

Buktikan tujuh pemain warisan fasih Melayu

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 2 minute
Buktikan tujuh pemain warisan fasih Melayu


Ketua Penerangan , Ahmad Fadhli Shaari mempersoal penguasaan bahasa Melayu tujuh pemain warisan negara yang telah diberikan taraf kerakyatan negara ini oleh Madani.

Justeru, dia mencabar supaya Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menayangkan temu ramah ringkas penguasaan bahasa Melayu mereka.

6b567694d65a44fb7cc2f4844467d8d0
Ahmad Fadhli Shaari

“Satu lagi, mana-mana individu yang nak diberikan taraf kewarnageraan secara naturalisasi juga wajib mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bahasa Melayu.

“Agak-agak berani ke YB Menteri sahut cabaran dengan menayangkan temuramah ringkas dalam bahasa Melayu kepada tujuh pemain ini bagi membuktikan mereka boleh berbahasa Melayu walaupun secara asas sahaja?

“Semakin kusut penjelasan ni. Semakin berbelit-belit. Anda rasa bagaimana? Isunya, rakyat persoalkan, selamatkah instituti kewarganegaraan pada hari ini?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

fc968df5e04771615f6eb92b6701b4c0

Terdahulu Saifuddin berkata 23 pemain bola sepak telah diberi taraf kewarganegaraan Malaysia melalui proses naturalisasi sejak tahun 2018 termasuk tujuh pemain warisan negara, dan semua kelulusan ini dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan.

Katanya, setiap permohonan diproses mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-kaedah Warganegara 1964 yang menetapkan tiga syarat utama iaitu pemohon mesti bermastautin di Malaysia, berkelakuan baik serta mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Zakri Hassan (PN-Kangar) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Zakri ingin tahu statistik pemain yang telah dinaturalisasikan sejak 2018 hingga kini serta kelayakan dan kriteria yang digunakan oleh atau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam proses penentuan seseorang pemain untuk dinaturalisasikan.

99c1e9092a112d94a28d7966d6ec8e27

Saifuddin Nasution berkata proses naturalisasi ketujuh-tujuh pemain Harimau Malaya itu telah melalui tapisan dan penilaian teliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk temu bual dan semakan biometrik sebelum diberikan taraf warganegara.

“Apakah proses pemberian warganegara terhadap tujuh pemain ini mematuhi semua peruntukan perlembagaan, akta, kaedah warganegara dan Perlembagaan Persekutuan? Jawapannya ya… sangat jelas,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zakri mengenai tempoh penyediaan dokumen pemain oleh JPN, kemungkinan berlakunya pemalsuan dokumen dan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani isu yang didakwa menjejaskan imej negara itu.



Source link