Pelancaran Siri Honor Magic8 Dijadualkan Berlangsung Pada 15 Oktober 2025
Amy Maizuraa
Honor akan melancarkan siri peranti mercu terbaharu mereka Honor Magic8 pada 15 Oktober 2025 di China. Pada masa yang sama, mereka turut memperkenalkan sistem operasi baharu MagicOS 10 yang menjanjikan pengalaman pengguna lebih menyeluruh.

Rekaan peranti masih mengekalkan identiti tersendiri seperti generasi sebelum dengan skrin hadapan yang rata digabungkan bersama bingkai sisi melengkung. Ia juga ditawarkan dalam pilihan warna menarik seperti emas, hitam, hijau, cyan dan perak bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.

Honor Magic8 berkemungkinan besar dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 iaitu cip pemprosesan terkini dalam pasaran. Ini selari dengan tradisi mereka dalam membawakan teknologi canggih untuk peranti mercu mereka. Peranti turut dilengkapi dengan sistem kamera utama beresolusi 200MP yang menyokong fungsi telefoto dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dioptimumkan khusus untuk penggambaran waktu malam.

MagicOS 10 turut akan digunakan dengan pelbagai ciri baharu yang direka untuk memudahkan urusan harian pengguna. Antara yang paling menonjol ialah integrasi YOYO yang membolehkan pelbagai tugasan seperti mencari makanan diselesaikan secara automatik hanya dengan satu klik.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






