Malaysia Oversight

Kerajaan Selangor Melancarkan Inisiatif IEIP Untuk Mengautomasikan Kilang-Kilang Di Negeri Tersebut

By Amanz in October 9, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Selangor Melancarkan Inisiatif IEIP Untuk Mengautomasikan Kilang-Kilang Di Negeri Tersebut


nampaknya nekad dalam mahu mengimplimentasi konsep Industrial Revolution 4.0 atau IR4.0 dalam sektor pengilangan dan industri di negeri tersebut, dengan pengenalain inisiatif IoT Enabled Industrial Park ataupun IEIP.

Secara ringkasnya, inisiatif IEIP ini diperkenalkan untuk mempromosikan penggunaan teknologi automasi pintar dan IoT (Internet of Things) di kilang-kilang pengeluaran di negeri tersebut. Ini adalah untuk membolehkan kilang-kilang ini menghasilkan output yang bukan sahaja lebih stabil, tetapi juga berkualiti dan dengan lebih selamat.

Pelancaran inisiatif ini dirasmikan oleh Exco negeri , Muhammad Ngah di acara International Business Summit 2025 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Fasa pertama Inisiatif IEIP ini akan merangkumi 17 taman industri di seluruh Selangor, termasuklah Pulau Indah Industrial Park, Banting Industrial City, Eco Business Park V, Subang Aerotech Park dan UMV High Value Manufacturing Park.

image 29

turut mengatakan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan Selangor untuk juga memastikan bahawa 100 peratus daripada kawasan berpenduduk di negeri itu mempunyai liputan rangkaian 5G yang pantas.

Dari segi integrasi teknologi IoT, kerajaan Selangor menyarankan kilang-kilang yang mahu memanfaatkan teknologi pintar ini untuk mengimplimentasi teknologi berikut:

  • CCTV
  • Pemantauan kualiti udara
  • Pemantauan penggunaan tenaga
  • Pemantauan penggunaan air

Kerajaan Selangor juga mengatakan bahawa kilang-kilang boleh berkongsi butiran pemantauan ini secara sukarela supaya kerajaan boleh mengenalpasti apakah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki mutu penggunaan tenaga dan juga penjagaan alam sekitar.

The Edge Malaysia



Source link